Ini sekali gus menyaksikan gandingan Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd. Zonis itu gagal meneruskan kemaraan apabila hanya lapan pasukan terpantas layak beraksi di pusingan pertama.

Trio negara mencatat masa 45.099 saat di depan Kazakhstan yang menduduki tempat tercorot. Selebihnya 14 pasukan lagi semuanya mencatat bawah 45 saat dengan trio dari Belanda mencatat masa terpantas 42.574s pada aksi kelayakan itu.

Pingat emas acara ini dimenangi Belanda (41.923s), menewaskan Perancis (42.889s) dalam aksi final manakala gangsa menjadi milik Rusia (43.115s) yang mengalahkan Jerman (43.294s) dalam penentuan tempat ke-3/4. - UTUSAN ONLINE