Program anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan yang turut mendapat kerjasama Majlis Daerah Kuala Pilah itu diadakan sempena Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2019.

Menurut Pegawai Daerah Kuala Pilah, Syahrul Nizam Saleh, kayuhan sejauh 30 kilometer (KM) itu bakal membabitkan laluan di sekitar 27 buah kampung antaranya Kampung Tanjung Ipoh, Kampung Ampang Batu, Kampung Galau, Pekan Senaling dan sebagainya.

Beliau berkata, peserta berpeluang menikmati pemandangan kampung yang cantik dan menarik sepanjang laluan kayuhan selain mengamalkan gaya hidup sihat.

“Istimewanya program ini, ia bukan sekadar untuk berseronok sebaliknya mempunyai mesej penting iaitu memeriahkan minggu inovasi dan dapat mengenali lebih ramai komuniti basikal lain.

“Selain itu, kami yakin acara sebegini dapat menyemai semangat perpaduan terutamanya dalam kalangan remaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Syahrul Nizam, dengan yuran penyertaan sebanyak RM40, peserta layak menerima t shirt, nombor plat, medal, insuran, kemudahan di stesen air, makanan serta minuman.

“Bagi memeriahkan acara, hadiah cabutan bertuah seperti televisyen dan basikal turut ditawar kepada peserta.

“Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran sebelum tarikh tutup iaitu pada 15 September 2019,” katanya.- UTUSAN ONLINE