Ineos yang dimiliki jutawan Britain, Jim Ratcliffe dikatakan berminat menaja pasukan berkenaan sekali gus menyaksikan Team Sky bakal diubah kepada Team Ineos.

Ratcliffe juga dilapor sudah berbincang dengan prinsipal Team Sky, Dave Brailsford dalam beberapa minggu lalu.

Bekas pelumba Team Sky, Bradley Wiggins berkata, kerjasama antara Brailsford dan Ratcliffe dilihat sebagai sesuatu yang ideal.

“Pasukan ini mempunyai banyak nama besar malah keadaan ini pastinya tidak menyukarkan mereka mendapatkan penaja baharu,” kata Wiggins. - AGENSI