Upacara pelepasan disempurnakan Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal kira-kira pukul 12 tengah hari tadi dengan diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar.

Seramai 115 peserta dalam dan luar negara daripada 23 pasukan terlibat, perlumbaan itu mempunyai tiga peringkat yang akan berakhir di Kompleks Yayasan Warisan di Johor Bahru pukul 6 petang Jumaat ini.

Peringkat pertama bermula hari ini dari Iskandar Puteri ke Batu Pahat dengan jarak 122.9 kilometer (km) manakala peringat kedua esok dari Muar Ke Yong Peng dengan jarak 172.4 km.

Peringkat ketiga pula pada Jumaat ini dari Kluang ke Johor Bahru dengan jarak 107.7 km, jarak keseluruhan perjalanan adalah 403km.

TdIJ adalah kejohanan yang berdaftar dengan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang dikelolakan Majlis Sukan Negeri Johor serta Persatuan Berbasikal Negeri Johor. - UTUSAN ONLINE