Sofian, 26, yang mewakili skuad kebangsaan bukan sahaja merampas jersi putih selaku pelumba terbaik Asia, malah menempatkan diri dalam kedudukan keempat terbaik keseluruhan hanya 13 saat di belakang juara peringkat ketiga, Travis McCabe dari pasukan Floyd’ Pro Ra­cing.

Walaupun menamatkan perlumbaan peringkat ketiga di tempat ke-38 namun kejayaan mengungguli tiga zon pe­cutan membolehkan Sofian memperoleh masa bonus, sekali gus melonjakkan diri dari tempat ke-22 semalam ke tempat keempat keseluruhan hari ini.

“Untuk saya menjadi pelumba Malaysia pertama me­nyarung jersi kuning dalam sejarah 24 tahun penganjuran LTdL agak sukar dan mustahil.

“Kalau tiada pendakian ke Genting Highlands esok mungkin saya boleh cuba juga tapi ketika ini saya rasa tidak mampu hendak jadi pencabar jersi kuning untuk peringkat seterusnya,” kata Sofian.

Semalam, Harrif Salleh dari pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) melakar kejayaan sensasi menjuarai peringkat kedua dari Senawang ke Dataran Pahlawan, Bandaraya Melaka.

Hari ini, menamatkan perlumbaan di tangga keempat.

“Saya sudah mencuba yang terbaik hari ini tetapi tiga pelumba di depan terlalu kuat untuk dipintas kali ini.

“Apa pun saya tetap ber­syukur tetapi sedikit terkilan tidak dapat menaiki podium,” katanya. - UTUSAN ONLINE