Beraksi buat pasukan Sapura, Dyball mengumpul masa 26 jam, 58 minit dan 11 saat untuk berada 27s di depan pencabar utamanya iaitu Hernan Ricardo ­Aguirre Caipa dan 50 saat mengatasi pelumba Floyd’s, Keegan Swirbul.

Kata Dyball, dia tidak perlu beraksi terlalu agresif esok, cukup menamatkan saingan dalam kelompok depan seperti yang dilakukan ketika menduduki tangga ke-34 dalam peringkat ketujuh hari ini.

“Rakan sepasukan akan terus melindungi saya esok dengan fokus utama untuk mempertahankan jersi kuning pada hari terakhir saingan,” tegasnya.

Sementara itu, muka-muka baharu menguasai podium peringkat ketujuh hari ini.

Pelumba Neri Sottoli Selle Italia, Simone Bevilacqua muncul juara pe­ringkat buat kali pertama dengan mencatat masa 2’17:59s.

Dia menewaskan dua muka baharu, pelumba Brunei Continental, Charlampos Kastrantas di tempat kedua dan pelumba St. George Continental, Craig Wiggins.

Esok peringkat kelapan dan penutup LTdL 2019 mengeli­lingi Pulau Langkawi sejauh 103.8km dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akan menyampaikan hadiah kepada pemenang. - UTUSAN ONLINE