Pelumba Perancis yang mewakili pasukan Ag2r La Mondiale itu mengejutkan peserta lain apabila melepasi garisan penamat selaku pemenang biarpun pasukannya baru kehilangan ketua mereka, Tony Gallopin semalam.

Peters, 25, mengambil keputusan berani apabila memecut di kawasan landai sebelum memasuki peringkat pendakian terakir, 16 kilometer menuju ke garisan penamat.

Pelumba Ecuadir, Richard Carapaz dari pasukan Movistar bagaimanapun mengekalkan jersi merah jambu selaku pendahulu keseluruhan. - AGENSI