Selepas berkayuh sejauh 200.6 kilometer, Harrif yang menyimpan tenaga di peringkat pertama semalam membuktikan strateginya itu berbaloi apabila tiba dahulu di garisan penamat dalam kelompok besar.

Dia mencatat masa 4 jam 53 minit 20 saat untuk menewaskan pelumba terkenal dari pasukan Bardiani CSF, Andrea Guardini di tempat kedua dan pelumba Jepun, Kazushige Kuboki, ketiga dalam satu persaingan sengit membabitkan jagoan pecut.- UTUSAN ONLINE