Ketika kejadian, pelumba pasukan profesional Quick-Step itu sedang mendahului perlumbaan yang berbaki 57.2 kilometer lagi untuk ditamatkan, Insiden itu menyebabkan Gilbert terpaksa menarik diri terus daripada perlumbaan berbasikal paling berprestij di dunia itu akibat kecederaan lutut yang serius.

Menurut saksi, Gilbert sedang menuruni bukit tetapi gagal membrek basikal tepat pada masanya menyebabkan dia melanggar tembok dan terpelanting ke dalam gaung dengan kepalanya lebih dulu ke hadapan. Dia kemudiannya dibantu rakan naik semula untuk meneruskan perlumbaan tetapi gagal menamatkannya.

Tempat berlakunya insiden itu memang terkenal dengan bahayanya kerana beberapa kilometer di depan laluan itu pernah berlaku insiden di mana pelumba Itali, Fabio Casartelli maut pada 1995. - AFP