Selepas berkayuh sejauh 176.9 kilometer, Marcus Culey yang berasal dari Australia tiba dahulu di garisan penamat secara solo dengan meninggalkan kira-kira 50 meter kelompok besar di belakang.

Dia mencatat masa 4jam:20minit:40s untuk menewaskan pelumba Floyd Pro Cycling, Travis McCabe di tempat kedua dan pelumba Pro Touch, Clint Hendrick, ketiga.

Muhammad Zawawi Azman dari pasukan Sapura pula muncul pelumba terbaik negara apabila berada dalam kelompok 20 terbaik. - UTUSAN ONLINE