Pozzovivo, 36, digegaskan ke hospital berdekatan dan ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dilanggar ketika sedang berlatih di Cosenza, selatan Itali.

“Walaupun dalam keadaan stabil dan separa sedar, namun dia (Pozzovivo) mengalami pelbagai keretakan tulang yang memerlukan pembedahan.

“@pozzovivod retak tulang tangan dan kaki selepas dilanggar sebuah kereta,” tulis pasukan dalam Twitter.

Pozzovivo yang merupakan pakar pendakian membantu rakan sepasukannya, Vincenzo Nibali menduduki tempat kedua dalam Giro Italia tahun ini.

Dia sedang melakukan persiapan untuk menghadapi Jelajah Vuelta a Espana yang dijadual bermula pada 24 Ogos.

Bagaimanapun kecederaan serius yang dialami, termasuk patah enam tulang rusuk menyebabkan dia terlepas perlumbaan itu. - AFP