Pasukan pro continental yang berpengkalan di Itali itu meraih juara peringkat menerusi Marco Benfatto selain tempat ketiga menerusi Matteo Pelucchi.

Benfatto mencatat masa 2j:17min:42s untuk menewaskan pelumba St. George Continental, Blake Quick di tempat kedua.

Tiada seorang pun pelumba Malaysia berada dalam kelompok 15 terbaik pada peringkat kelapan ini walaupun terdapat beberapa daripada mereka berjaya menamatkan perlumbaan dalam kelompok besar paling depan. - UTUSAN ONLINE