Pada perlumbaan sejauh 200.1km itu, Pelucchi mencatat masa 4 jam 27 minit 11 saat untuk menewaskan pelumba St. George Cycling Team, Quick Blake di tempat kedua dan pelumba Floyd’s, Travis McCabe, ketiga.

Mohd. Harrif Salleh pula terlepas untuk menaiki podium lagi apabila menduduki tempat keempat untuk muncul pelumba terbaik negara pada peringkat kelima ini.

“Sepanjang perlumbaan itu, kita merasakan pelumba yang membuat pemisahan awal akan berjaya walaupun pasukan kami menyasarkan menjuarai peringkat ini. Namun, pada saingan 30km terakhir kita berjaya ‘menangkap’ mereka. Saya sangat gembira dapat membalas kepercayaan pasukan saya,” kata Pelucchi.

Pelumba Australia Blake Quick daripada St George Continental Cycling Team dan pelumba Amerika Syarikat Travis Mccabe mewakili Floyd’s Pro Cycling menduduki tempat kedua dan ketiga dalam perlumbaan yang bermula dengan tiga zon pecutan di Sungkai, Kampar serta Sungai Siput, sebelum tamat dengan pendakian Kategori Tiga di Bukit Berapit. - UTUSAN ONLINE