Pada perlumbaan sejauh 130.8km itu, Pelucchi yang turut menjuarai peringkat kelima semalam mencatat masa 2jam:47min:19s untuk menewaskan dua pelumba Terengganu Cycling Team, Youcef Reguigui di tempat kedua dan Mohd. Harrif Salleh, ketiga.

Ini merupakan podium kedua buat Harrif, 30, selepas menjuarai peringkat kedua sebelum ini selain muncul pelumba tempatan terbaik pada peringkat keenam ini.

Jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan bagaimanapun kekal milik pelumba Sapura Cycling Team, Benjamin Dyball.- UTUSAN ONLINE