Ujar Mccabe, dia tetap bersemangat untuk merealisasikan misinya biarpun berdepan pemenang peringkat sebanyak 24 kali, Andrea Guardini, yang sekali lagi muncul dan menjadi tumpuan dalam jelajah berbasikal itu.

“Saya pernah beraksi di sini (LTdL) dua tahun lalu dimana saya meraih dua gelaran selaku pemenang peringkat dan podium bagi beberapa kategori lain.

“Sudah tentu saya mahu memburu kemenangan bagi edisi tahun ini dan cuba mencari sekurang kurangnya tiga kemenangan,” kata Mccabe yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Ketika saingan LTdL 2017, Mccabe beraksi untuk pasukan United Health Care muncul juara bagi peringkat kedua dan kelapan.

Pelumba kelahiran Prescott, Arizona ini mengakui cabaran mungkin sedikit sukar apatah lagi bakal bersaing dengan pakar pecut CSF Bardiani atau terkenal dengan julukan Mr. Langkawi, Andrea Guardini.

“Sudah tentu saya ada cara tersendiri untuk bersaing dan mencari kemenangan. Justeru saya mengharapkan yang terbaik bagi perlumbaan ini,” kata Mccabe.

Sebelum turun beraksi di LTdL, Mccabe dan pasukannya beraksi di jelajah Taiwan yang berlangsung dari 17 hingga 21 Mac lalu dan meraih tempat ketiga keseluruhan bagi saingan jersi hijau atau raja pecut.- UTUSAN ONLINE