Berasal dari Amerika Syarikat, McCabe, 29, merampas gelaran daripada Marcus Culey selepas pelumba Sapura Cycling Team (SCT) itu hanya mampu menduduki tempat ke-60.

Selepas tiga peringkat, McCabe mengumpul masa 14 jam, tiga dan 28saat, hanya empat saat di depan Culey.

“Ini kali pertama saya me­nyarung jersi kuning di LTdL dalam dua penyertaan di sini.

“Untuk juara peringkat di LTdL pula, ini kali ketiga kerana pernah dua kali melakukannya dalam penampilan pertama pada 2017,” katanya.

Dia bagaimanapun me­ngakui sebagai pelumba pecut dan bukannya pakar mendaki, peluang untuk mempertahankan jersi kuning selepas ini agak sukar kerana ada ­pendakian ke Genting Highlands esok.

“Saya hanya mampu mengharapkan rakan sepasukan dapat membantu saya. Itu sahaja,” ujarnya lagi.

Pada peringkat ketiga hari ini, McCabe mencatat masa 4’49:39s dalam perlumbaan sejauh 192.6km itu.

Peringkat keempat esok me­libatkan jarak sejauh 114.2km adalah dari Shah Alam ke Gen­ting Highlands. - UTUSAN ONLINE