Selepas menjuarai peringkat kedua, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) menamatkan peringkat ketujuh selaku pelumba terbaik Malaysia dengan menduduki tangga kesembilan.

Dia sebelum itu turut menduduki tangga keempat pada hari ketiga serta kelima, selain tempat ketiga pada peringkat keenam semalam.

Hariff, 30, menegaskan, dia belum mengangkat bendera putih untuk menyambar jersi hijau tajaan Petronas apabila menduduki tangga kedua dengan 62 mata, 18 mata di belakang pelumba Amerika Syarikat, Travis Mccabe dari pasukan Floyd’s.

“Saya cuba habis-habisan untuk menyambar jersi hijau daripada Travis esok.

“Memang atas kertas ia nampak sukar tetapi itulah peluang terakhir saya dan saya akan lakukan apa sahaja yang terdaya,” kata Hariff.

Menyedari McCabe sentiasa mengekorinya dari belakang, Harrif menegaskan dia tidak akan memperdulikan kelibat pelumba pasukan Floyd’s itu. - UTUSAN ONLINE