Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu berada di kedudukan tersebut selepas senarai ranking dunia dikemas kini Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) hari ini.

Tempat pertama dihuni Yudai Nitta dari Jepun dengan pungutan 2,610 mata, diikuti Azizulhasni (2,485) di tangga kedua, manakala seorang lagi pelumba Jepun, Yuta Wakimoto menghuni kedudukan ketiga (2,467.5).

Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman memungut 450 mata selepas bersaing dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Poland, awal bulan ini.

Hanya tujuh negara terbaik akan layak ke Olimpik Tokyo.- UTUSAN ONLINE