Kayuhan bertenaga pelumba Terengganu Inc TSG itu terutama ketika menuju ke garisan penamat sering menjadi tumpuan penonton terutama ketika bersaing dalam kejohanan berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL).

Bersama wartawan SUFIAN HADI SOJAK dalam ruangan Tanya Je hari ini mengupas secara santai sisi menarik atlet berusia 31 tahun itu.


1 Jika anda seorang menteri, anda ingin menteri di kementerian mana?
Kementerian Belia dan Sukan sebab saya memang minat betul dalam semua bidang sukan.

2 Jika anda Ultraman, anda mahu jadi Ultraman apa? 
Ultraman Jack.

3 Pelakon hero dan heroin tempatan mana yang paling anda minati?
Saya minat pelakon lelaki Remy Ishak sebab isteri saya bagi tahu muka saya ada iras dia. Kalau perempuan, saya minat Siti Nordiana sebab dia boleh menyanyi dan berlakon.

4 Jika anda seorang pemain bola sepak, posisi mana yang anda idamkan? Main di pasukan mana?
Saya sukakan posisi pertahanan sebab pertahananlah kena bekerja keras. Kalau boleh negeri tercinta Terengganu.

5 Kalau anda ada RM10, apa makanan yang akan anda beli untuk bertahan selama dua hari?
Saya akan beli nasi bajet, sangat popular di Terengganu sebab ia murah RM3 dah boleh dapat.

6 Pengalaman paling pahit sepanjang bergelar atlet?
Pengalaman saya ketika berlumba basikal dan terjatuh. Pingang belakang saya retak. 

7 Sifat baik anda?
Baik hati kot..

8 Seandainya anda seorang guru, mata pelajaran apa yang anda ingin mengajar?
Saya nak jadi guru sejarah sebab saya suka kisah-kisah lama.

9 Permainan tradisional yang paling anda minati?
Saya suka main guli atau congkak sebab permainan itu kita boleh lepak dekat rumah.

10 Jika anda bukan seorang atlet berbasikal, anda ingin jadi atlet apa?
Atlet olahraga sebab saya dahulu pernah mewakili daerah dan pernah mendapat juara dalam sukan olahraga.