Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu berjaya menaiki podium selepas berada di belakang pemenang, Travis McCabe dari pasukan Floyd's dan Matteo Pelucchi (Androni Giocattoli-Sidermec).

"Saya minta maaf kerana mengecewakan peminat lumba basikal di Malaysia tetapi inilah pencapaian terbaik saya dalam LTdL.

"Saya menjuarai dua peringkat pada 2017 tetapi gagal muncul Raja Pecut ketika itu. Sudah tentu saya puas merangkul jersi hijau kali ini walaupun ia bukan jersi kuning," kata McCabe, 29, mengumpul 91 mata.

Pelucchi menamatkan saingan dengan 68 mata manakala Harrif 62.

"Ini kali pertama naik podium untuk jersi hijau dan saya sangat berpuas hati kerana turut berjaya menjuarai satu peringkat (kedua) kali ini," kata Hariff.

Malaysia juga menamatkan saingan dengan membanggakan apabila mencatat pencapaian terbaik dalam sejarah sejak 1996 dengan menduduki tempat ke-11 keseluruhan.

Dalam kedudukan individu keseluruhan pula, Muhammad Zawawi Azman dari pasukan Sapura muncul pelumba terbaik Malaysia di tempat ke-23 diikuti Nik Mohd. Azwan ke-28. - UTUSAN ONLINE