Pelumba berpengalaman berusia 30 tahun mewakili pasukan Terengganu Inc-TSG Cycling Team itu, tekad mengerahkan segala kudrat bagi memastikan impiannya tercapai pada LTdL kali ini, yang akan membuka tirai menerusi laluan sejauh 176.9km dari KLCC ke Tampin, esok.

“Saya akan berlumba bermati-matian tahun ini kerana belum pernah menang mana-mana peringkat sepanjang penyertaan pada LTdL walaupun pernah meraih kedudukan podium.

“Berikutan ketiadaan pasukan Jelajah Profesional Dunia (Pro Tour), saya rasa peluang saya cerah kali ini,” katanya dalam sidang akhbar menje­lang LTdL 2019 di sini, hari ini.

Hariff pernah meraih tempat ketiga pada peringkat keempat dan keenam tahun lepas, selain tempat kedua (peringkat 8) dan ketiga (peringkat 4) pada edisi 2012 serta kedudukan ketiga (peringkat 1) pada 2011. – BERNAMA