Selepas Mark Cavendish terpaksa membatalkan perlumbaan sejauh 165.5 kilometer dari Les Breviaires ke Bellegarde, juara Vuelta a Espana, Simon Yates turut berdepan hari malang dan kehilangan masa hampir tujuh minit.

Kemalangan selepas 59km pula menyebabkan Gorka Izagirre dari pasukan Astana terkeluar dari persaingan bersama Warren Barguil (Arkea Samsic). Barguil kemudian digegaskan ke hospital untuk menjalani imbasan selepas pitam.

Akhirnya hanya 23 pelumba meneruskan saingan, termasuk pencabar utama Groenewegen untuk kedudukan pendahulu keseluruhan, Egal Bernal (Team Sky), Romain Bardet (Ag2r-La Mondiale), Nairo Quintana (Movista) serta Bob Jungels (Deceuninck-Quick Step) menuju 30km terakhir.

Begitupun dalam kelompok akhir, hanya tujuh pelumba memecut ke garisan penamat sebelum Groenewegen mengesahkan kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan pendahulu keseluruhan dengan kelebihan 12 saat.

Perlumbaan Paris-Nice bersambung ke peringkat ketiga dari Cepoy ke Mouline ​hari ini, dan ia akan berakhir dengan perlumbaan sejauh 110km pada peringkat kelapan di Nice. - AGENSI