Perkara tersebut didedahkan oleh pasukan Froome, Team Sky pada hari ini yang mendakwa juara bertahan itu terlibat dalam kemalangan ketika penghujung 16 kilometer terakhir di Col du Portet selepas pihak polis mengarahkannya agar berhenti sehingga menyebabkan dia terjatuh daripada basikalnya.

Isteri Froome, Michelle memberitahu Reuters bahawa dia berpendapat pihak polis tersilap menyangka suaminya adalah peminat kerana ketika itu jaguh berbasikal berkenaan sedang memakai baju hujan berwarna hitam.

Tambah Michelle, suaminya tidak mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut. - REUTERS