Fatehah terpaksa akur apabila tidak berjaya mendapat tangga dua teratas di pusingan kelayakan dan pusingan repechagesbagi acara utamanya itu.

Difahamkan Fatehah juga kurang berpuas hati dengan aturan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan jumlah pelumba yang layak ke peringkat akhir.

Bagaimanapun, dia yang ditemui Bernama, enggan mengulas lanjut mengenai kegagalannya itu.

Semalam, atlet berusia 30 tahun itu berjaya meraih pingat perak bagi acara pecut sekali gus membuktikan beliau mampu mencapai indeks pencapaian prestasi (KPI), yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk terus kekal dalam Program Podium. - BERNAMA