Sekumpulan pelumba pilihan, Simon Yates (Britain), Primoz Roglic (Slovenia), Vincenzo Nibali (Itali) dan Miguel Angel Lopez (Colombia) semuanya berada dalam kumpulan yang sama dan tiba hampir serentak di garisan penamat dalam perlumbaan dari Tortoreto Lido ke Pesaro.

Pelumba Itali, Valerio Conti dari pasukan UAE Emirate bagaimanapun mengekalkan jersi merah jambu selaku pendahlu keseluruhan buat hari ketiga. - AGENSI