Pelumba terbabit adalah Fatehah Mustapa, Farina Shawati Mohd. Adnan, Muhammad Khairil Nizam Rasol dan Mohamad Shariz Efendi Mohd. Shahrin.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab berkata, pihaknya mendapati walaupun masa secukupnya telah diberikan kepada mereka untuk memperbaiki prestasi sehingga Jun lalu, namun, ia tidak langsung menampakkan hasil yang positif.

“Hasil penilaian prestasi yang dilakukan menerusi beberapa kejohanan yang disertai, mereka gagal mencapai KPI yang ditetapkan.

“Oleh itu, Exco telah memutuskan untuk membawa isu ini kepada pengetahuan MSN untuk diambil tindakan sewajarnya sama ada menyingkirkan mereka terus daripada podium atau memotong elaun atau masih mahu terus diberikan peluang. Terserah kepada MSN mahupun Kementerian Belia dan Sukan untuk menentukannya,” kata Abu Samah.

Bagaimanapun, bagi pihak PKBM katanya, empat pelumba itu perlu diberi pengajaran sewajarnya untuk menyedarkan mereka supaya bangkit semula.

Berdasarkan laporan penilaian prestasi yang disediakan PKBM hari ini, Fatehah juga mempunyai masalah disiplin yang kurang memuaskan, selain mempunyai rekod kehadiran latihan yang tidak begitu baik sama seperti Khairil Nizam.

Bagi Farina dan Shariz Efendi pula, kemerosotan prestasi menjadi punca utama sama seperti Fatehah dan Khairil Nizam. - UTUSAN ONLINE