Anak jati kelahiran Terengganu berusia 17 tahun itu berjaya mengekori rapat dua pelumba Thailand iaitu Panatda Buranaphawang dan Chanathinart Junpurng untuk menghadiahkan pingat tunggal kepada Malaysia, namun keciciran pada kayuhan menuju ke garisan penamat.

Beliau mencatat masa 41.454 saat kategori wanita junior yang dimenangi pelumba Jepun, Jui Yabuta dengan catatan masa 34.102 manakala tonggak Thailand, Tanaporn Tothong meraih perak dan seorang lagi peserta Negara Gajah Putih, Panatda Buranaphawang merangkul gangsa dengan masa 39.792s.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Abu Samah Abd Wahab menjelaskan rasa gugup dan kurang pengalaman adalah faktor utama kenapa Eddyna Nasuhar kecundang pada perebutan pingat gangsa sekalipun terlepas mengecapi kejayaan lebih manis.

“Saya perhatikan pelumba Thailand juga berjaya menganggu fokus kayuhan Eddyna kerana mereka ada tiga pelumba bersaing merebut pingat. Bagaimanapun, saya percaya Eddyna ada bakat untuk pergi jauh dalam disiplin BMX,” katanya.

Eddyna Nasuhar dan seorang lagi pemenang pingat gangsa ACC 2018 di Thailand, Siti Shahirah Hashim adalah sandaran MNCF untuk meraih sekurang-kurangnya sebutir pingat gangsa bagi membolehkan mereka layak ke Sukan SEA 2019 di Filipina dalam kategori A.

Abu Samah yang juga Naib Presiden Kehormat Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) menjelaskan pihaknya akan terus menghantar Eddyna Nasuhar dan Siti Shahirah berlumba di peringkat antarabangsa bagi membolehkan mereka mengasah bakat dalam disiplin BMX.

“Malaysia kurang bernasib baik kerana Siti Shahirah yang menang pingat gangsa di ACC BMX 2018 di Thailand cedera ketika berlumba. Namun, dengan kejayaan Eddyna, ini bermakna kita ada dua pelumba BMX yang berbakat besar,” tambah Abu Samah.
Dalam pada itu, jurulatih pasukan kebangsaan, Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti percaya Eddyna Nasuhar berdepan tekanan tinggi kerana muncul pelumba tunggal berkayuh pada final wanita junior.

“Saya percaya dia (Eddyna) tertekan. Dia tak dapat berkayuh seperti biasa. Mungkin juga dia gementar, katanya.
Dalam pada itu, Jepun mendominasi ACC BMX 2019 apabila tiga pelumba iaitu Jukia Yoshimura, Moka Ban dan Kanami Tanno meraih pingat emas menerusi kategori lelaki elit, lelaki junior serta wanita elit.

Yoshimura merakam masa 30.293s dalam kategori lelaki elit diekori dua pelumba Indonesia, I Gusti Bagus Saputra (30.895s) dan Rio Akbar 31.614s manakala Moka mendominasi kategori lelaki junior dengan masa32.414s.
Jepun meneruskan penguasaan apabila Tanno merangkul pingat emas kategori wanita elit dengan masa 33.180s manakala pingat perak dimenangi pelumba China Yan Lu (33.287s).
Lelaki Elit: 1. Jukia Yoshimura (Jpn) 30.293s; 2. I Gusti Bagus Saputra (Ina) 30.895s; Rio Akbar (Ina) 31.614s; 4. Daniel Patrick Caluag (Phi) 31.843s; Tatsumi Matsushita 32.103s
Lelaki Junior: 1. Moka Ban (Jpn) 32.414s; 2. Aditya Putra Pratama (Ina) 32.829s; 3. Ryota Nakabayashi (Jpn) 33.022s, 4. Mas Ridzwan Mohammad Ali (Sin) 33.213s; 5. Dois Audi Fikriansyah (Ina) 33.833s
Wanita Elit: 1. Kanami Tanno (Jpn) 33.180s; 2. Yan Lu (Chn) 33.287s; 3. Na Peng (Chn) 34.337s; 4. Yunyun Liu (Chn) 35.301s; 5. Chutikan Kitwanitsathian (Tha) 35.555s
Wanita Junior: 1. Jui Yabuta (Jpn) 34.102s; 2. Tanaporn Tothong (Tha) 37.764s; 3. Panatda Buranaphawang (Tha) 39.792s; 4. Chanathinart Junpurng (Tha) 40.249s; 5 Eddyna Nasuhar Zainal Abidin (Mas) 41.454s
End