Walaupun hanya menduduki tempat ke-34 pada peringkat ketujuh yang bermula dan berakhir di Pantai Cenang sejauh 106.8 kilometer, ia sudah cukup untuknya mengekalkan jersi kuning apabila tiba dalam kelompok pertama yang besar.

“Itu juga yang akan saya lakukan esok tetapi dengan lebih berhati-hati lagi bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Rakan sepasukan akan terus melindungi saya esok dengan fokus utama untuk mempertahankan jersi kuning pada hari terakhir saingan,” tegasnya.

Dyball kini mengumpul masa 26 jam, 58 minit dan 11 saat untuk berada 27s di depan pelumba Interpro, Hernan Ricardo ­Aguirre Caipa dan 50 saat di depan pelumba Floyd’s, Keegan Swirbul.

Sementara itu, muka-muka baharu menguasai podium peringkat ketujuh hari ini.

Pelumba Neri Sottoli Selle Italia, Simone Bevilacqua muncul juara pe­ringkat buat kali pertama dengan mencatat masa 2’17:59s.

Dia menewaskan dua muka baharu, pelumba Brunei Continental, Charlampos Kastrantas di tempat kedua dan pelumba St. George Continental, Craig Wiggins.

Esok peringkat kelapan dan penutup LTdL 2019 mengeli­lingi Pulau Langkawi sejauh 103.8km akan dilangsungkan dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akan menyampaikan hadiah kepada pemenang.