Pelumba berusia 29 tahun itu yang menduduki tempat ketiga keseluruhan pada LTdL 2018, menguasai laluan pendakian mencabar di Genting Highlands dengan catatan masa 3 jam 22 minit 02 saat.

Pencapaian itu menyaksikan beliau berjaya merampas jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan daripada pelumba Amerika Syarikat, Travis McCabe daripada Floyd’s Pro Cycling Team.

Pelumba Colombia, Hernan Ricardo yang mewakili Interpro Cycling Academy menduduki tempat kedua dengan masa 3’22:25s, manakala seorang lagi pelumba Amerika Syarikat, Keegan Swirbul daripada Floyd’s Pro Cycling Team di tempat ketiga dengan catatan 3’22:46s.

Rakan sepasukan Dyball, Muhammad Zawawi Azman muncul pelumba terbaik Malaysia apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-26 daripada 120 pelumba setelah mencatat masa 3’27:15s pada perlumbaan yang turut dikenali sebagai saingan ‘queen stage’. - UTUSAN ONLINE