Dyball dan pasukannya dalam keadaan terbaik dan berharap mereka dapat merebut jersi kuning pada perlumbaan peringkat pertama esok.

"Setiap kali menyertai perlumbaan, saya mahu menang tetapi saya perlu memberi bantuan kepada pasukan.

"Saya akan gembira asalkan jersi kuning dan menangi perlumbaan itu kerana terdapat beberapa pasukan kuat dalam kejohanan ini yang akan memberi saingan," katanya.

Sidang akhbar kejohanan lumba basikal Tour De Iskandar Johor di Johor Bahru hari ini.

Dalam pada itu, pelumba pasukan kebangsaan, Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri memberitahu, pasukannya mengetengahkan pelumba muda berusia bermula 19 tahun pada kejohanan tersebut.

"Jadi, pelumba muda ini diharap dapat menimba pengalaman berguna dalam bersaing dengan pelumba kontinental lain," katanya.

Sementara itu,  Pengurusan pasukan tuan rumah. JDT Cycling Tea, Laili Yusof berkata, pihaknya menampilkan pelumba berpengalaman yang sebelum ini telah menyertai pasukan kontinental atau kelab di negara ini.

"Kami tidak meletakkan seberang sasaran pada kali ini kerana baru mengumpul pelumba dan berlatih sejak dua bulan lalu," katanya.

Namun tambahnya, pasukan JDT akan memberi saingan kepada pasukan lain dan mereka merancang untuk membentuk pasukan lebih baik selepas melihat prestasi pada penyertaan TDIJ nanti. - UTUSAN ONLINE