Pelumba yang berasal dari Australia itu yang tiba secara solo ke garisan penamat de­ngan meninggalkan kelompok besar kira-kira 50 meter di belakangnya, mencatat masa 4jam:20minit:40saat.

Tempat kedua milik pelumba Floyd Pro Cycling, Travis McCabe dan ketiga, Clint Hendricks dari pasukan Protouch.

“Saya tidak jangka mampu menang peringkat pertama ini kerana hanya memberi fokus kepada rentak kayuhan sendiri sahaja.

“Ketika 25 kilometer terakhir, saya meningkatkan kelajuan kayuhan dan tidak menduga dapat menjarakkan diri dan seterus muncul juara,” katanya.

Kejayaan Culey itu memboleh­kannya menyarung jersi kuning sebagai pendahulu keseluruhan selain membantu Sapura muncul pasukan terbaik keseluruhan selepas berakhir peringkat pertama.

Culey kini berada sembilan saat di depan pelumba Oliver’s Real Food, Brendon David.

Esok peringkat kedua dari Senawang ke Melaka sejauh 206km akan diteruskan dengan Culey pasti akan menjadi tum­puan pencabar lain.