Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab turut mengesahkan sembilan pelumba junior bakal digugurkan dan ada juga dalam kalangan mereka yang bertindak menarik diri daripada skuad kebangsaan.

“Selain Azizulhasni, dua pelumba yang dikekalkan berlatih di Melbourne adalah Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd. Zonis.

“Pelumba senior yang digugurkan pula adalah Fatehah Mustapa, Farina Shawati Mohd Adnan dan Anis Amira Rosidi,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia di Bukit Jalil, hari ini.

Mengenai pelumba junior yang digugurkan, pihaknya akan mengenal pasti pelumba lain sebagai pengganti untuk dibawa masuk ke dalam program latihan bersama MSN.

Sementara itu, memandangkan acara basikal trek tidak dipertandingkan pada temasya Sukan SEA 2019 di Filipina, PKBM hanya mensasarkan satu pingat emas.

“Kita mengharapkan pelumba lebuhraya dapat mencapai sasaran itu menerusi acara ujian masa,” ujarnya.