Kata Azizulhasni, dia sedar tumpuan akan terarah kepadanya selepas ketiadaan Chong Wei sekali gus akan bekerja lebih keras untuk mencapai impian berkenaan.

Tambah bekas juara dunia itu, selain berbasikal, sukan-sukan lain juga turut mempunyai peluang memenangi pingat emas dalam kempen Sukan Olimpik tahun depan.

“Bagi saya ini adalah satu tanggungjawab untuk memburu pingat emas pertama Malaysia namun perlu di ingat semua atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik juga mempunyai peluang memenangi pingat emas.

“Untuk diri saya, sudah tentu saya akan melakukan yang terbaik sewaktu di Olimpik nanti demi Malaysia,” katanya ketika ditemui dalam majlis memperbaharui kontraknya selaku duta jenama syarikat penyaman udara, Daikin Malaysia di sini, hari ini.

Dalam kempen Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil, Azizulhasni menghadiahkan pingat gangsa dalam acara keirin dan kini dia masih lagi dalam usaha memburu kelayakan bagi acara individu berkenaan dan pecut. - UTUSAN ONLINE