Pelumba pasukan Bora-Hansgrohe tersebut yang hanya membuat penampilan pertama dalam jelajah berprestij itu melengkapkan perlumbaan sejauh 205 kilometer dari Bologna ke Fucecchio dengan catatan empat jam, 44 dan 43 saat.

Dia mengetepikan pelumba pilihan, Elia Viviani (Deceuninck-Quick Step) di tempat kedua manakala Caleb Ewan (Lotto-Soudal) ketiga.

Ackermann yang merupakan juara Eschborn-Frankfurt, Clasica de Almeria dan Bredene-Koksijde Classic 2019 mengakui amat terharu meraih kemenangan pertamanya di Giro d’Italia.

“Ini kali pertama saya berjaya memenangi peringkat perlumbaan di sini. Saya percaya, kemenangan ini akan menaikkan motivasi seluruh pasukan untuk mengharungi dua minggu saingan,” katanya.

Perlumba berusia 25 tahun itu berkata, ketika perlumbaan menuju 250 meter ke garisan penamat, dia tidak nampak seorang pun pakar pecut memulakan pecutan, jadi dia mengambil keputusan untuk menjadi orang pertama memecut.

“Saya bertuah, pecutan awal sudah memadai untuk memberikan kejuaraan. Sudah tentu ia memberi tekanan hebat tetapi ini adalah perlumbaan Grand Tour pertama saya dan anda tidak akan terfikir penampilan pertama akan memberi keputusan sebegini,” ujarnya lagu.

Pelumba Slovenia, Primoz Roglic dari pasukan Jumbo-Visma bagaimanapun mengekalkan jersi merah jambu selaku pendahulu keseluruhan.

Esok, peringkat ketiga akan diteruskan dari Vinci ke Orbetello meliputi jarak 220km. Giro de’Italia mempunyai 21 peringkat keseluruhan. - AGENSI