Ini disahkan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab hari ini selepas menghadiri sesi menemuduga kelima-lima kontraktor itu semalam (Khamis).


“Kita menjangkakan keputusan kontraktor mana yang berjaya mendapat kontrak tersebut menerusi tender terbuka ini akan diketahui beberapa hari lagi.


“Ini kerana kita tidak mempunyai banyak masa untuk menangguhkan keputusan itu lebih lama memandangkan LTdL 2019 dijadual bermula 24 Mac ini. Sedangkan belum ada persiapan dapat dibuat,” katanya.


Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan sendiri akan mengumumkan keputusan tersebut selewat-lewatnya minggu depan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama lima kontraktor terbabit kerana menyerahkan kepada KBS untuk menjelaskannya.

-habis