Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, perkara itu akan dibentangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail untuk dipertimbangkan kerajaan.

“Perkara ini masih di peringkat awal namun selepas kami menghadiri mesyuarat Majlis Olimpik Asia (OCA) dan melihat pembentangan daripada hos Sukan Asia, kami rasa sudah tiba masanya untuk kita menjadi tuan rumah.

“Kita memiliki kemudahan bertaraf dunia selain berjaya menjadi hos Sukan Komanwel 1998 dan Sukan SEA 2017. Sekiranya kerajaan bersetuju, kita akan mulakan proses bidaan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga MOM, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE