Juara Terbuka Perancis itu, yang menjadi harapan untuk muncul pemain Australia pertama merangkul gelaran di Kelab All England sejak Evonne Goolagong Cawley berbuat demikian pada 1980, tewas dalam tiga set kepada pemain Amerika Syarikat, Alison Riske.

Kedudukan pemain dalam kelompok tiga terbaik yang diterajui Barty, Naomi Osaka dan Karolina Pliskova masih tidak berubah, walaupun tiada seorang daripada ketiga-tiga pemain berkenaan berjaya menjejakkan kaki ke suku akhir.

Simona Halep, yang mengetepikan cabaran Serena Williams pada perlawanan akhir yang berlangsung tidak sampai sejam, Sabtu lalu, melonjak tiga anak tangga ke No. 4 dunia.

Williams turut memperbaiki kedudukannya, setelah mendaki satu anak tangga untuk menghuni tempat kesembilan dunia.

Bekas pemain No. 1 dunia, Angelique Kerber yang tewas kepada Lauren Davis pada pusingan kedua di Wimbledon, terkeluar daripada kelompok 10 terbaik dan kini berada di kedudukan No. 13 dunia. - AFP

Ranking WTA pada 15 Julai (lonjakan ranking dalam tanda kurung):

1. Ashleigh Barty (AUS) 6,605 mata

2. Naomi Osaka (JAP) 6,257

3. Karolina Pliskova (CZE) 6,055

4. Simona Halep (ROU) 5,933 (+3)

5. Kiki Bertens (NED) 5,130 (-1)

6. Petra Kvitova (CZE) 4,785

7. Elina Svitolina (UKR) 4,638 (+1)

8. Sloane Stephens (USA) 3,802 (+1)

9. Serena Williams (USA) 3,411 (+1)

10. Aryna Sabalenka (BLR) 3,365 (+1)

11. Anastasija Sevastova (LAT) 3,356 (+1)

12. Belinda Bencic (SUI) 2,963 (+1)

13. Angelique Kerber (GER) 2,875 (-8)

14. Qiang Wang (CHN) 2,872 (+1)

15. Johanna Konta (GBR) 2,790 (+3)

16. Marketa Vondrousova (CZE) 2,762 (-2)

17. Madison Keys (USA) 2,555 (-1)

18. Caroline Wozniacki (SUI) 2,478 (+1)

19. Anett Kontaveit (EST) 2,335 (+1)

20. Petra Martic (CRO) 2,335 (+4)

...

32. Barbora Strycova (CZE) 1,750 (+22)

37. Alison Riske (USA) 1,437 (+18)