LEE ZII JIA - AFP

Dalam aksi yang berlangsung di Arena Taipei itu, Zii Jia yang juga pilihan keempat kejohanan tewas kepada pemain bukan pilihan dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito 16-21, 20-22.

Keputusan itu juga secara tidak langsung memberi kebimbangan kepada skuad badminton negara terutama menjelang aksi Sukan SEA Manila yang dijadual berlangsung hujung tahun ini dengan pemain berusia 21 tahun itu menjadi antara sandaran untuk menyumbang pingat emas dalam temasya dwi-tahunan itu.

Prestasi tidak konsisten yang ditampilkan pemain kelahiran Alor Setar itu perlu diberikan perhatian segera oleh barisan kejurulatihan negara bagi memastikan sasaran dua pingat emas di Manila mampu dicapai.-UTUSAN ONLINE