Pemenang pingat Perak Sukan Olimpik Rio 2016 yang menjuarai Masters Thailand di Bangkok Januari lalu, bagaimanapun dipaksa bekerja keras oleh pasangan Denmark, Mathias Boe-Mads Conrad Peterson sebelum menang 18-21, 21-11, 21-12 dalam separuh akhir, mengikut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

V Shem-Wee Kiong akan bertemu Solgyu-Seo Seung Jae dari Korea pada final esok, selepas pasangan tersebut meneruskan permainan baik mereka dengan mengejutkan pilihan kedua, Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan 19-21, 25-23, 23-21 dalam satu lagi separuh akhir.

Terdahulu pasangan beregu campuran yang juga merupakan pilihan pertama, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas 10-21, 17-21 kepada pilihan keempat, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong. Terbuka Taiwan merupakan Kejohanan BWF Super 300 yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$500,000 (RM2.08 juta). - BERNAMA