Dalam aksi tiga set itu, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu berjaya meraih kemenangan 21-19 pada set pertama sebelum tewas 15-21 pada set kedua kepada gandingan Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seung Jae.

Pada aksi penentuan, bekas pemain kebangsaan itu ketinggalan 8-17 dan kemudiannya bangkit untuk mengikat kedudukan 20-20 sebelum meraih kemenangan 23-21 bagi meraih kejuaraan di kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 300 itu.

Kejuaraan itu merupakan yang pertama buat pasangan itu selepas kali terakhir muncul juara di Thailand Master, Januari lalu.

Selepas Taiwan, pasangan No.1 negara itu akan beraksi di Terbuka China, bermula 17 September ini bagi terus memburu mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.-UTUSAN ONLINE