Keadaan itu menyebabkan tiga perlawanan yang sedang berlangsung dihentikan serta-merta serta petugas media diarah keluar ke tempat yang selamat.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada individu yang tidak bertanggungjawab menghisap rokok di dalam venue pertandingan dan menyebabkan penggera kecemasan berbunyi selepas mengesan asap di dalam arena itu.

Seorang kakitangan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang enggan dikenali memberitahu, penggera kecemasan itu akan berbunyi secara automatik sekiranya mengesan asap di dalam kawasan berkenaan.

“Ada orang hisap rokok di tingkat satu, berdekatan dengan pengesan asap, jadi penggera kecemasan akan berbunyi apabila ada asap.

“Tiada apa yang serius mengenai perkara ini. Semua terkawal,” katanya.-UTUSAN ONLINE