Dalam aksi pusingan ketiga, Zii Jia terpaksa bekerja keras hingga ke set penentuan sebelum menang 21-15, 11-21, 22-20 atas Kenta Nishimoto yang juga pilihan kelapan kejohanan.

Keputusan itu menyaksikan Zii Jia berjaya mencapai sasaran awalnya untuk layak ke saingan suku akhir kejohanan itu.

Momota yang juga juara bertahan melangkah ke aksi lapan terbaik selepas menundukkan H. S. Prannoy 21-19, 21-12.

Kedua-dua pemain akan membuat perhitungan buat kali ketiga dengan bintang Jepun itu memiliki rekod 2-0 ke atas Zii Jia yang mana kali terakhir mereka bertemu dalam Piala Sudirman, Mei lalu. - UTUSAN ONLINE