Turun selaku pilihan utama, Joo Ven mara selepas menewaskan rakan senegara Gatjra, Karono Karono 21-8, 22-20 pada pusingan ketiga hari ini manakala Gatjra mengetepikan wakil negara, Muhammad Ziyad Md Tah 20-22, 21-13, 21-10.

Selain Joo Ven, Lim Chong King, Lim Chi Wing, Tan Jia Wei dan Cheam June Wei turut mara ke suku akhir kejohanan yang bermula sejak Selasa lalu sehingga Ahad ini

Bagaimanapun tiga wakil negara iaitu Misbun Ramdan Mohmed Misbun, Chong Yee Han dan Leong Jun Hao gagal meneruskan kemaraan selepas terkandas di pusingan ketiga.

Bagi perseorangan wanita, juara bertahan S. Kisona, Eoon Qi Xuan dan Ho Yen Mei masing-masing menempah tempat di suku akhir esok.

Dalam saingan beregu lelaki, empat pasangan wakil negara mara ke suku akhir iaitu Chooi Kah Ming-Low Juan Shen, Chen Tang Jie-Chia Wei Jie, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong dan Shia Chun Kang-Tang Boon Heong.

Teoh Mei Xing-Yap Ling mengetuai saingan beregu wanita bersama Cheah Yee See-Payee Lim Peiy Yee, Anna Cheong Ching Yik-Lim Chiew Sien, Yap Rui Chen-Yap Yee dan Pearly Tan Koong Lee-M.Thinaah.

Kemaraan beregu campuran pula diteruskan Tang Jie-Peck Yen Wei yang dijadual menentang Amri Syahnawi-Pia Zebadiah Benadet dari Indonesia selepas menewaskan rakan senegara, Tee Kai Wun-Teoh Mei Xing 21-12,21-8.

Mengikut langkah Tang Jie-Yen Wei ialah Man Wei Chong-Pearly Tan Kong Le dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See. - BERNAMA