Pengenalan struktur baharu itu bagaimanapun tidak akan mengabaikan perancangan yang sedang dilaksanakan bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM, Datuk Kenny Goh berkata, Projek 24 itu menyaksikan Wong Choong Hann dilantik selaku pemantau bersama Majlis Sukan Negara.

"Menerusi program baharu itu, perancangan khusus akan dirangka untuk setiap pemain merangkumi kejohanan, tahap kecergasan, kekuatan mental dan memiliki fail individu untuk penilaian setiap empat bulan.

"Barisan kejurulatihan juga akan menjalani proses penilaian yang sama seperti pemain bagi memastikan Projek 24 bergerak selari dengan perancangan.

"Projek 24 ini bagaimanapun tidak akan mengabaikan perancangan yang sedang dilaksanakan bagi Tokyo 2020," katanya di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Pelaksanaan Projek 24 itu bagaimanapun perlu dibentangkan kepada Mesyuarat Ahli Majlis BAM bagi mendapatkan kelulusan sebelum dilaksanakan sepenuhnya. - UTUSAN ONLINE