Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas

Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas

GOH Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke suku akhir Terbuka Jepun 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad badminton lelaki negara menempah slot ke separuh akhir, selepas membenam Jepun 3-1 pada peringkat kalah mati Piala Thomas di Chengdu, China, hari ini.

Beregu Malaysia yang menghuni ranking No. 15 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani memastikan kemenangan menjadi milik mutlak negara apabila mereka membenam Akira Koga-Taichi Saito 18-21, 21-15, 21-12 dalam masa 66 minit.

Kejayaan itu juga tidak memerlukan pemain muda, Justin Hoh memerah keringatnya menentang pemain berpengalaman Jepun, Kento Momota dalam pertarungan terakhir jika kedudukan terikat 2-2.

Sze Fei-Izzuddin yang berada pada prestasi terbaik mereka pada ketika ini, akhirnya berjaya memecah angka kosong apabila merapatkan jurang rekod pertemuan kepada 1-3 dengan Koga-Saito.

Pada separuh akhir, Sabtu ini, Malaysia dijangka berdepan sama ada China atau India yang bertarung dalam satu lagi suku akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN