Kisona kembali temui sentuhan, mara ke suku di Vietnam

Kisona temui sentuhan, mara ke suku akhir di Vietnam

S. KISONA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan badminton wanita negara, S.Kisona kembali menemui keyakinan dalam gelanggang selepas menumpaskan pemain sedang meningkat dari Myanmar, Thet Htat Thuzar di pusingan kedua Terbuka Vietnam sebentar tadi.

Kisona diheret beraksi sehingga tiga set sebelum mencatatkan kemenangan dengan keputusan 16-21, 21-18, 21-18 untuk mara ke suku akhir bertemu dengan wakil tuan rumah, Tran Thi Phuong Thuy esok.

Kali terakhir Kisona berjaya mara ke peringkat suku akhir adalah enam bulan lalu ketika Terbuka Switzerland pada Mac.

Mengiringi Kisona adalah rakan senegara, Goh Jin Wei yang tidak menghadapi masalah menjinakkan pemain India, Ira Sharma dengan keputusan 21-18, 21-10.

Turut sama mengekalkan momentum kemenangan adalah gandingan beregu campuran, Goh Liu Ying-Low Juan Shen berjaya menumpaskan beregu Vietnam, Nguyen Anh Gia Huy-Lam My Tien 21-16, 21-17.

Bekas pasangan Liu Ying, Chan Peng Soon yang bergandingan dengan Cheah Yee See pula turun sebagai pilihan ketiga kejohanan menepati ramalan mara ke suku akhir selepas menumbangkan gandingan Malaysia-Indonesia, Tan Ming Kang dan Serena Kani dengan keputusan 21-17, 21-17.

Dalam perseorangan lelaki, Cheam Jun Wei dan Lee Shun Yang juga meneruskan cabaran Malaysia apabila cemerlang menewaskan lawan masing masing dengan keputusan straight set.

Bagaimanapun ujian getir buat Shun Yang yang akan berdepan pemain China, Sun Fei Xiang esok manakala Jun Wei pula bakal membuat perhitungan dengan pemain Taiwan, Lee Chia Hao.

Aksi dalam beregu lelaki menyaksikan dua perlawanan membabitkan pertemuan sesama Malaysia.

Pilihan ketiga kejohanan, Arif Junaidi dan Haikal Nazri cemerlang untuk melakar kemenangan ke atas pasangan Lee Yi Bo dan King Wei Jie, 21-12, 21-16.

Sementara Goh V Shem-Lim Khim Wah menggunakan pengalaman dimiliki untuk mengecewakan pasangan muda negara, Low Hang Yee dan Chia Weijie dengan keputusan 21-19, 15-21, 21-14.

Gandingan profesional, Low Juan Shen yang turun sekali lagi bersama Nur Azriyn Ayub mencipta kejutan dengan menyingkirkan pilihan kelapan kejohanan dari Singapura, Loh Kean Hean dan Andy Kwek dengan keputusan 21-18, 21-12. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya