Mereka menerima sijil penghargaan daripada Longines, pengeluar jam yang merupakan salah satu penaja utama temasya di Gold Coast ini dalam majlis ringkas.

Hazalwafie menerima penghargaan itu setelah merakamkan rekod baharu snatch (117kg) dan keseluruhan (261kg) dalam laluannya untuk memenangi pingat emas kelas 56kg manakala Aznil mencipta rekod baharu snatch (126) ketika mencipta kejutan dalam kelas 62kg.

Turut menerima penghargaan dalam majlis di Longines Record Club itu adalah perenang Thomas Hamer dari England yang memecahkan rekod dunia 200m gaya bebas dengan masa satu minit, 55.88 saat.-UTUSAN ONLINE