Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada majlis Malam Anugerah Sukan Terengganu (AST) 2018 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak di sini malam tadi.

Jaguh pecut berbasikal negara itu dipilih selepas mengetepikan empat lagi atlet iaitu Mohd. Nafiizwan Mohd. Adnan (skuasy), Mohd. Harrif Salleh (berbasikal), Khairul Anwar Mohamad (memanah) dan Arvin Shaun Singh Chanal (renang).

DR. AHMAD SAMSURI (tengah) menyampaikan anugerah Tokoh Sukan Terengganu 2018 kepada Datuk Seri Ahmad

DR. AHMAD SAMSURI (tengah) menyampaikan anugerah Tokoh Sukan Terengganu 2018 kepada Datuk Seri Ahmad Said (dua dari kanan) dalam majlis Anugerah Sukan Terengganu 2018 di Stadium Tertutup di Gong Badak, Kuala Nerus malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Mohd. Azizul, 31, penerima anugerah Olympian Lelaki 2018 daripada Majlis Olimpik Malaysia dipilih berdasarkan kecemerlangannya meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa pada Sukan Asia Palembang, Indonesia tahun lalu.

Manakala Siti Rahmah pula dipilih selepas memenangi pingat emas pada kejohanan Silat Dunia 2018 di Singapura serta pingat perak pada kejohanan Silat Asia Tenggara 2018.

Dia mengetepikan Alia Sazana Azahari (menembak), Azreen Nabila Alias (olahraga), Nuur Fatin Solehah Abdul Rahman (pelayaran) dan Nur Alia Ghapar dalam acara memanah.

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua atlet itu membawa pulang RM7,000 manakala RM2,000 diberi kepada persatuan yang diwakili berserta piala pusingan, piala iringan, sepasang blazer dan sijil kepujian.

Dalam pada itu, Dr. Ahmad Samsuri turut menyampaikan Anugerah Tokoh Sukan Terengganu 2018 kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said atas sumbangan serta peranan penting beliau membangunkan sukan di Terengganu sehingga peringkat kebangsaan.

Malah, Ahmad Said juga terlibat dalam pembangunan sukan berbasikal dan hoki Terengganu termasuk penubuhan kelab hoki dan basikal profesional seperti Terengganu Hockey Team (THT), Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT) dan Terengganu cycling Team (TSG). - UTUSAN ONLINE