Dalam pertandingan yang diadakan di Pusat Sukan Carrara, Gold Coast hari ini, Yee Khie berjaya memperoleh 188.7 mata setelah kesemua tiga cubaan angkatannya berjaya disempurnakan.

Pingat emas milik peserta Nigeria, Abdulazeez Ibrahim yang mengumpul 191.9 mata, manakala gangsa milik peserta India, Sachin Chaudary yang mengutip 181.0 mata. - UTUSAN ONLINE