Dalam acara raifal angin 10m yang diadakan di Pusat Menembak Belmont, Brisbane, Muhammad Ezuan hanya mampu mengutip 614.3 mata, hanya kekurangan 0.5 mata berbanding penembak England, Dean Bale yang mengisi tempat kelapan iaitu slot terakhir untuk ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, Bibiana sekadar mengumpul 370 mata dalam peringkat saringan pistol angin 10m wanita untuk berada di tempat ke-11 daripada 25 peserta. - UTUSAN ONLINE